Disember 20, 2009 · 19 komen

Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
Bukan lebah sebarang lebah
Lebah bersarang di rumpun buluh
Bukan sembah sebarang sembah
Sembah menyusun jari sepuluh
Putik pauh dari permatang
Sayang selasih masak minyak
Dari jauh sahabatku datang
Terima kasih banyak-banyak Teruskan membaca →
Kategori: Koleksi CtfatimaPhotography
Tagged: Aku Dan Kenangan, Dari Ruang Mindamu, Koleksi Puisi, Suatu Ketika Dahulu
Disember 17, 2009 · 57 komen
Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Duduk sendirian di pantai permai bertemankan bayu pagi amat menenangkan perasaan. Apatah lagi mentari pagi yang mulai naik sejengkal, menceriakan keindahan alam di pantai Tanjung Tuan berhampiran hotel yang lebih mirip apartment, The Regency Tanjung Tuan Beach Resort di Port Dickson, Negeri Sembilan. Ketika mataku merenung laut luas dengan kebiruan airnya yang tenang, aku teringat jemputan dari Pakde Cholik untuk acara Parade Puisi Cinta sempena hari Ibu di Indonesia pada tanggal 22 Disember 2009 nanti. Aku memikirkan apakah puisi yang bakal ku tulis untuk meramaikan acara tersebut. Ditanganku ada pen dan sebuah buku yang selalu aku bawa setiap pemergianku ke mana-mana sebagai langkah berjaga-jaga untuk catatan yang tiba-tiba ada di depan mata. Teruskan membaca →
Kategori: Dari Ruang Hatiku
Tagged: Aku Dan Kenangan, Barakah Dari DIA, Yang Teristimewa
Disember 10, 2009 · 42 komen
Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

PERTAMANYA di ruang penulisan ini, aku ingin mengucapkan penghargaan 32,000 TERIMA KASIH buatmu SAHABATKU, keperihatinanmu terhadap tadahan ilmu dalam Laman Menulis Gaya Sendiri amat ku hargai.
Alhamdulillah, semasa melayari laman BLOG OF THE DAY IN WORDPRESS di ruang 100 Top Posts WordPress (the most popular WordPress.com posts) – Of The Day in Malaysia pada jam 0530 pagi tadi , didapati posting ULTAH PERTAMA LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI MENDUDUKI TANGGA PERTAMA antara 100 posting paling popular di Malaysia pada 9 Disember 2009-Rabu. ALHAMDULILLAH… ia hadiah terindah buat saya sempena sambutan ULTAH 1 LMGS ini. Teruskan membaca →
Kategori: Koleksi Puisi
Tagged: Aku Dan Kenangan, Salam Dari Benua, Suatu Ketika Dahulu, Yang Teristimewa
Disember 3, 2009 · 41 komen
Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Pagi tadi, lebih kurang jam 11.oo pagi waktu Malaysia, sedang aku menyiapkan urusan akhir penulisan bab 5 : Rumusan, Perbincangan dan Cadangan Kajian untuk tesis ku (desertasi) sambil mendengar siaran radio yang aku sendiri tidak ingat namanya kerana biasanya aku akan mencari rancangan yang banyak berceloteh dan berbincang isu semasa, jadi banyaklah siaran yang aku tukar-tukarkan agar aku tidak mengantuk ketika menulis.
Sedang radio itu mengumandangkan beberapa buah lagu, tiba-tiba aku rasa mengantuk yang amat sangat. ahh.. penat sekali rasanya tubuhku..lalu aku membaringkan diri di atas lantai dan mengharapkan aku akan dapat berehat sebentar untuk menghilangkan rasa mengantuk itu kerana semalaman kurang tidur… mungkin itulah yang membuat rasa mengantuk yang tak tertahankan… Teruskan membaca →
Kategori: Barakah Dari DIA
Tagged: Aku Dan Kenangan, Dari Ruang Mindaku, Koleksi Puisi, Yang Teristimewa
November 27, 2009 · 34 komen

SAHABAT TEMAN PEMBACAKU SEKALIAN…kerana rindu dengan kalian, aku menulis juga dalam kesibukan ini. Kebetulan penulisan kali ini AMAT ISTIMEWA bagiku. SAHABATKU SEKALIAN. Ini bicaraku yang panjang.. aku TIDAK MEMAKSA kalian untuk menghabisi bacaannya. Ini KISAH CINTAKU… terpulang untukmu membaca atau tidak.. sekadar untuk mencurahkan hati pada LELAKIKU. Jika kau; Sahabatku .. ingin mengetahuinya.. SILAKAN..
BICARAKU KALI INI UNTUK KALIAN MENGETAHUI BAHAWA AKU MENCINTAI LELAKI INI KERANA ALLAH SWT. SELAMA DIA HIDUP: DIA ADALAH LELAKIKU. DIA ADALAH HATIKU. DIA ADALAH CINTAKU. WALAU DIA TELAH TIADA NANTI… DIA TETAP BERTAHTA DI HATIKU SELAMANYA. Teruskan membaca →
Kategori: Yang Teristimewa
Tagged: Aku Dan Kenangan, Aku lahir di sini: SRI AMAN, Salam Dari Benua
Disember 7, 2008 · 4 komen

ASSALAAMU’ALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
BUAT PEMBACA LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI

SALAM AIDIL ADHA DAN SALAM PENGORBANAN
Sepotong doa mengiringi ucapan Salam Keraian buat semua yang menunaikan hak agar hidup kita penuh berkat, rahmat dan diiringi kasih sayang dari Tuhan Yang Maha Pengasih dan Penyayang. Teruskan membaca →
Kategori: Salam Dari Benua
Tagged: Aku lahir di sini: SRI AMAN, Dari Ruang Mindamu, Suatu Ketika Dahulu, Yang Teristimewa
Disember 14, 2008 · 4 komen
HARI INI : 15 DISEMBER 2008 – ISNIN

Keajaiban mukjizat Al-Quran tiada siapa yang dapat menyangkalnya. Kitab itu curahan ilmu yang tertinggi dalam dunia keilmuan kerana isiannya bukan ciptaaan mana-mana manusia walau pernah didakwa oleh golongan yang memusuhi Islam dan ajarannya baik di zaman Baginda Rasul SAW hinggalah ke zaman ini. Dakwaan itu begitu sinis dan mengelirukan kerana golongan ini mendakwa bahawa catatan “yang mulia” itu, datangnya dari minda lelaki bernama Muhammad bin Abdullah. Astaghfirullah. Keterlaluan. Binasa bagi mana-mana manusia memikirkan sedemikian. Harus diberi pengertian dan pemahaman agar beroleh jalan kebenaran. Teruskan membaca →
Kategori: Cara Fikir Fatima
Tagged: Dari Ruang Mindaku, Pendidikan Dan Kita, Pendidikan Kesihatan, Suatu Ketika Dahulu
HARI INI : 28 DISEMBER 2008 – AHAD

Doktor Jamnul Azhar memulakan syarahannya dengan membawa para hadirin memikirkan sejenak dengan hadith yang maksudnya “Dalam diri-diri kamu ada kebesaran Tuhan”. Kemudian Doktor menyuruh kita melihat kedua tapak tangan dan perhatikan garis-garis di tapak tangan kita. Garisan-garisan di tangan kiri menunjukkan angka 8 dan 1 dalam Bahasa Arab. Manakala tangan kanan pula, angka1 dan 8. Kedua tangan tersebut membawa jumlah 81 + 18 = 99 iaitu bilangan nama-nama Allah (Asmaul Husna Allah). Teruskan membaca →
Kategori: Pendidikan Kesihatan
Tagged: Cara Fikir Fatima, Dari Rima-Rima U, Dari Ruang Mindaku, Pendidikan Dan Kita
Disember 30, 2008 · 3 komen

Kalut rasa menahan segan di dada
Bunga wangi yang ku pinta penyeri taman kasih
Kumbang lain yang datang menyapa seri warna
Agaknya aku tersalah dengar suara pekikan
Ayam bersiul, harimau mengembek dan gajah menguek. Teruskan membaca →
Kategori: Koleksi Puisi
Tagged: Aku Dan Kenangan, Dari Ruang Mindaku, Suatu Ketika Dahulu, Yang Teristimewa
Disember 31, 2008 · 1 Komen

ASSALAAMU’ALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA
BUAT PEMBACA LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI
SELAMAT TAHUN BAHARU HIJRIYYAH 1430
DAN
SELAMAT TAHUN BAHARU 2009 Teruskan membaca →
Kategori: Salam Dari Benua
Tagged: Aku Dan Kenangan, Aku lahir di sini: SRI AMAN, Koleksi Puisi, Suatu Ketika Dahulu, Yang Teristimewa

Gambar Masjid Universiti, UKM ini saya ambil dari atas tangga bukit Kolej Burhanuddin Helmi selesai sahaja mendengar khutbah Jumaat sebelum menuju PUSANIKA.
Dr. Haji Maimun Aqsha yang saya kenali….. orangnya pemalu, berhati-hati dalam tutur bicara. Jarang menunjukkan sifat marah. Sesuai dengan personaliti yang dimiliki. Bicaranya lembut dan berbudi bahasa, senyuman sentiasa bersatu dengan kata-kata yang diluahkan sehingga yang mendengar dan memandangnya tatkala bercakap dengan beliau akan rasa tenang dan sejuk hatinya. Semangat dalam menyampaikan ilmu. Sangat mengambil berat hubungan persaudaraan antara sesama manusia dan mudah diajak berbincang dalam aspek yang berkaitan dengan ilmu serta tugasan. Teruskan membaca →
Kategori: Dari Rima-Rima U
Januari 14, 2009 · 5 komen
KATA-KATA BOLEH MEMPENGARUHI BENTUK MOLEKUL
AIR DALAM BADAN MANUSIA

Bentuk molekul air bersih (mineral) yang belum dibaca apa-apa

Bentuk molekul air oksigen dan berkhasiat (mineral tempatan) yang belum dibaca apa-apa Teruskan membaca →
Kategori: Pendidikan Kesihatan
Januari 17, 2009 · 1 Komen

Terkadang hati ini rasa terusik tika mengingati dugaan dan ujian Allah dalam berkomunikasi dengan manusia di kota ilmu ini. Kerap kali aku merasainya. Kesyukuran dipanjatkan kepada Allah atas kehadiran rasa itu. Rasa itu menghampirkan aku kepada-Nya. Hari ini, dalam kesibukan mengemas kamar beraduku yang seperti kapal pecah oleh buku-buku yang bergelimpangan saat aku mencuri masa untuk menyibuk diri menyiapkan tugasan tesisku semalam. Teruskan membaca →
Kategori: Dari Ruang Mindaku
Januari 19, 2009 · 5 komen

Membaca buku LA TAHZAN (Jangan Bersedih) karangan Dr. ‘Aid Abdullah Al-Qarni berjumlah 612 halaman yang baharu sahaja saya pinjam dari Perpustakaan Tun Seri Lanang UKM tiga hari yang lalu; memberi tempias yang amat besar dalam diri saya untuk melihat dunia ini dengan lebih luas, terbuka, ceria dan penuh harapan. Teruskan membaca →
Kategori: Dari Ruang Mindaku
Januari 23, 2009 · 9 komen

Pernahkah anda memikir tentang kehebatan saya ? Orang biasa mengatakan saya ini hebat. Tetapi apakah yang perlu anda tahu tentang kehebatan saya ? Ramai orang kata saya juga luar biasa ? Betul ke ? Saya menjadi musykil mendengarnya. Sayapun membuat siasatan dan tinjauan rambang. Persoalan luar biasa itulah yang membawa saya banyak berfikir tentang diri saya. Bila saya bertanya kepada orang-orang tertentu tentang hebat dan luar biasanya saya ini…..Apa kata mereka ? Teruskan membaca →
Kategori: Cara Fikir Fatima
Januari 29, 2009 · 7 komen

Kisah HATI dan PISANG ini saya kongsikan bersama para teman pembaca untuk kita mengambil iktibar terhadap kehidupan yang kita lalui bersama orang lain. Hidup ini akan penuh dengan sifat mazmumah (keji), jika tidak diatur dengan cara pemikiran yang positif serta keimanan yang mantap terhadap segala ujian yang Allah turunkan ke atas kita. Hidup ini bukan sahaja diuliti oleh bunga-bunga KEBAHAGIAAN, malah ia juga diwarnai dengan buah-buah PENDERITAAN. Teruskan membaca →
Kategori: Dari Ruang Mindamu
Februari 6, 2009 · 8 komen

Perlu dimaklumi terlebih dahulu, penulisan ini ditulis sedemikian rupa dengan cara santai dan tidak memberatkan akal. Ia adalah pengalaman yang dilalui oleh semua manusia. Jangan bohong ya, kalau kata tidak melaluinya. Oh ya terlupa… pengecualian bagi yang TERPAKSA atau DIPAKSA untuk menyukai atau menyintai seseorang. He…he…Bukan tujuan menggoncang jiwa apatah lagi lari jauh dari mengingati yang Maha Esa. Maklumlah penulis ini siapa? Tak kan tak tahu siapa diri sendiri. Tentulah MANUSIA ! Wah! Terkena lagi. Teruskan membaca →
Kategori: Cara Fikir Fatima
Februari 15, 2009 · 3 komen
HARI INI : 16 FEBUARI 2009 – ISNIN

Maha Suci Allah yang menciptakan alam dengan kecukupan bagi manusia yang menghuninya. Maka, berusahalah untuk hidup di bumi ini dengan penuh ketaqwaan dan rasa kehambaan kepada Allah swt. Bumi, dunia dan alam. Nama yang berlainan, namun pengertian yang sama. Tumpah darah manusia sejak lahir hingga saat kepergiaannya. Teruskan membaca →
Kategori: Dari Ruang Mindaku
Tagged: Dari Ruang Mindamu
Februari 18, 2009 · 12 komen
HARI INI : 19 FEBUARI 2009 - KHAMIS

Itulah tajuk email yang saya terima dari Anisah Ali, seorang sahabat lama yang tidak di sangka telah ditemui di dataran ilmu pada pertama kalinya di bangunan makmal sains, Fakulti Pendidikan UKM, pada awal tahun 2008 yang lalu ketika saya dalam semester 1 dan Anisah semester 3. Tidak pernah terduga akan menemuinya semula setelah sekian lama; berbelas-belas tahun zaman remaja ditinggalkan ketika sama-sama menuntut ilmu di Akademi Islam Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Tiada perubahan baik dari segi fizikal mahupun mental. Masih peramah, suka senyum ketika berbicara dan cukup menghargai persahabatan. Teruskan membaca →
Kategori: Dari Ruang Mindaku
Tagged: Dari Ruang Mindamu
HARI INI : 2 MAC 2009 - ISNIN
Kalau boleh…. aku ingin menjadi seekor burung atau apa juga jenis mergastua yang bersayap dua, mengerbang dan mengepak sayapnya selaju halilintar membelah ruang udara atau cakerawala. Pasti aku akan rasa bebas pergi kemana sahaja yang aku sukai sambil memandang kagum jelapang bumi yang jauh sayup-sayup ku tinggalkan dengan warna kehijauan melata. Gertak hatiku penuh sinis…..untung aku ada sayap dan tidak perlu mengeluarkan sesen pun untuk membayar kapal terbang. Itu… kalau boleh. Teruskan membaca →
Kategori: Dari Ruang Mindaku
HARI INI : 6 MAC 2009 - JUMAAT

Bulan ini dan dua bulan akan datang, rutin pembelajaran menjadikan saya sibuk untuk menulis secara santai di laman ilmu ini. Ya….tentu sekali, alam pelajar dan pembelajaran banyak mencuri masa saya untuk hal-hal akademik yang mesti dilunaskan dalam masa yang telah ditetapkan. Rutin dalam tempoh dua bulan ini perlu menyiapkan 2 kertas kerja, 1 pembentangan kertas kerja, bab 1 dan bab 2 untuk tesis, kajian rintis yang belum dijalankan dan 1 persediaan kertas kerja untuk pembentangan Seminar Pendidikan Serantau antara UKM dan Universiti Riau, Indonesia di Seremban bulan Mei nanti. Teruskan membaca →
Kategori: Dari Rima-Rima U
HARI INI : 6 MAC 2009 - JUMAAT

SELAMAT HARI KELAHIRAN 3 BULAN PERTAMA , SEJAK AKU MENATA HIAS LAMAN ILMU INI DENGAN BAHASA DAN DENDANGAN INDAH CERITA LAGU JIWA DAN HIDANGAN ENAK UNTUK BEKALAN MINDA…. TARIKH INI JUGA SATU LAKARAN BERSEJARAH TELAH DIMULAI…..LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI MENDIAMI RUMAH BARUNYA..TERIMA KASIH ATAS KUNJUNGAN, MOTIVASI DAN PANDANGAN TEMAN-TEMAN PEMBACA. Teruskan membaca →
Kategori: Dari Rima-Rima U
HARI INI : 9 MAC 2009 - ISNIN

Ada sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dijadikan teladan oleh Allah swt untuk kehidupan hamba-Nya. Teruskan membaca →
Kategori: Dari Ruang Mindaku
Mac 13, 2009 · 2 komen
HARI INI : 14 MAC 2009 - SABTU

Matahari kian tinggi menari habanya menyimbah bumi, tapi pintu rumah Muhammad bin Abdullah masih tertutup. Suram ruang penuh sepi. Di dalamnya, terbaring seorang lelaki dalam keadaan lemah dengan dahi yang berkeringat, juga jelas pada jasadnya yang membasahi pelepah tamar yang menjadi alas pembaringannya. Teruskan membaca →
Kategori: Dari Ruang Mindaku
Mac 17, 2009 · 8 komen
HARI INI : 18MAC 2009 - RABU

Suasana hening menjadi teman seketika. Tiada kata-kata yang mampu diucapkan oleh setiap penghuni di dalamnya. Sedih memenuhi ruang kamar hati menanti tiba kepulangan abadi yang telah dijanjikan. Saat malaikat maut, malaikat Izrail datang menghampiri Rasulullah saw, segera ditanya oleh Rasulullah saw kenapa Malaikat Jibrail tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggillah malaikat Jibrail yang sebelumnya sudah bersiap sedia di atas langit dunia menyambut roh kekasih Allah swt dan penghulu dunia ini. Teruskan membaca →
Kategori: Dari Ruang Mindaku
Mac 21, 2009 · 1 Komen
HARI INI : 22 MAC 2009 - AHAD

Waktu dirasakan terlalu lambat berlalu. Namun waktu terus berjalan. Cinta di dunia tidak pernah abadi kerana jasad dibatasi umur. Setiap yang hidup pasti akan menemui saat kematiannya.Rindu itu betul-betul menggugat hatinya. Setelah sekian waktu sejak kepulangan ayahandanya, Muhammad bin Abdullah ke pangkuan Kekasihnya Yang Maha Esa, Siti Fatimah lebih suka bersendirian dan ini menyebabkan dia sering sakit. Hidupnya begitu sepi, hatinya berasa sunyi. Satu situasi yang sebelumnya tidak pernah berlaku ketika Rasulullah saw masih hidup. Teruskan membaca →
Kategori: Dari Ruang Mindaku
April 10, 2009 · 2 komen
HARI INI : 11 APRIL 2009 – SABTU

HASIL kajian Jabatan Kejuruteraan Biomedikal Universiti Malaya mendapati setiap gerakan solat mempunyai manfaat tersendiri yang mampu meningkatkan tahap kesihatan secara menyeluruh. Kajian ini dilakukan oleh Prof Dr Wan Abu Bakar bersama Dr Fatimah dan Ng Siew Chok dan maklumatnya boleh diperolehi dalam buku mengenai rahsia solat dari segi sains. Teruskan membaca →
Kategori: Pendidikan Kesihatan
April 12, 2009 · 17 komen
HARI INI : 13 APRIL 2009 – ISNIN

Saya rasa begitu bersalah dan seperti manusia yang tidak mengenang budi di atas penghargaan yang diberikan oleh seseorang yang sebaik UVI07. Begitu lama sekali masa berlalu. Baharu kini saya menyedari bahawa saya tidak pernah mengambil “award 1” (pertama kali menerima award ini) dari laman Uvi yang diserahkan kepada saya. Maafkan umi ya Uvi….seseorang telah menyedarkan umi yang terlalai selama ini. Tiada ungkapan terbaik yang dapat umi nyatakan kepada Uvi melainkan ALHAMDULILLAH, SUKRAN DAN SEMOGA MENDAPAT BAROKAHNYA DARI ALLAH SWT kerana memilih umi untuk menerima “award 1” yang begitu mengharukan hati dan mengembirakan jiwa. Teruskan membaca →
Kategori: Dari Ruang Mindaku
April 15, 2009 · 10 komen
HARI INI : 16 APRIL 2009 – KHAMIS

SITI FATIMAH AHMAD adalah anak jati kelahiran Simanggang (sekarang Bandar Sri Aman). Ketika kecil (sebelum dan sudah bersekolah rendah), saya sering bermain dan bersantai di rumah lelaki bernama “MELATI SARAWAK” ini, sama ada untuk bermain-main dengan cucunya atau sekadar menziarahi dia dan isterinya, Cikgu Dayang Ukah. Hubungan kami masih dalam lingkungan keluarga yang sangat rapat. Teruskan membaca →
Kategori: Aku Dan Kenangan
April 20, 2009 · 8 komen
HARI INI : 21 APRIL 2009 – SELASA

Tsunami terakhirku… peperiksaan semester 3 ini adalah peperiksaan terakhirku di lembah ilmu Universiti Kebangsaan Malaysia. MERDEKA… MERDEKA… MERDEKA. Alamak..belum lagilah…VIVA jangan lupa. Itu barulah yang terakhir. Terlupa pula. He..he…he… Alaaah..V IVA lama lagi, tahun depan. Tesis pun belum jalan. Minggu ini minggu peperiksaan bagi semua warga pencinta ilmu di UKM. Bagi kami pelajar sarjana Pendidikan Islam, gementarnya juga terundang sama bagai tsunami melanda setiap jiwa yang resah dan pasrah. Teruskan membaca →
Kategori: Dari Rima-Rima U
April 22, 2009 · 2 komen
HARI INI : 23 APRIL 2009 – KHAMIS

Ketika menahan rasa mengantuk pagi ini, jam menunjuk 0545 pagi. Teringat dengan seorang rakan sepejabat Ustaz Zamri yang sedang buat master juga di Fakulti Pengajian Islam, UKM. Lalu berziarah ke blog beliau. Lama juga tidak bertanya berita. Cari punya cari, terjumpalah sesuatu yang sangat saya suka iaitu tarikh penerimaan gaji bagi kaki tangan awam di Malaysia. Terima kasih kerana rajin cari hal-hal seperti ini untuk memudahkan semua pekerja awam. Teruskan membaca →
Kategori: Dari Ruang Mindaku
April 30, 2009 · 8 komen
HARI INI : 1 MEI 2009 – JUMAAT

1 hb Mei adalah tarikh keramat bagi semua rakyat Malaysia yang bekerja. Tarikh ini disambut setiap tahun dan dinamakan HARI PEKERJA. Saya fikir tentu hari ini, semua para pekerja di Malaysia sangat gembira dan bahagia kerana mereka diberi cuti walau hanya SATU HARI. Teruskan membaca →
Kategori: Cara Fikir Fatima
HARI INI : 8 MEI 2009 – JUMAAT

Maaf. Ampun. Tak ingat adanya Hari Ibu dalam bulan Mei ni. Ingatkan Hari Guru je. Yalah…kan kat Malaysia ni, banyak sangat hari-hari yang hendak disambut. Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Kanak-Kanak, Hari Pekerja, Hari Guru, Hari Kelahiran, Hari Kemerdekaan, Hari Raya Aidil Fitri, Hari Raya Aidil Adha, Hari Deepavali, Tahun Baru China, Hari Krismas, Perayaan Gawai Dayak, Hari Peladang, …waduuhh….banyaknya. Teruskan membaca →
Kategori: Yang Teristimewa
HARI INI : 10 MEI 2009 – AHAD

KHAS BUAT SEMUA IBU di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura, Thailand dan seluruh dunia. Juga buat anak-anak yang masih ada ibu mahupun anak-anak yang diduga Allah atas pemergian ibunya. Keredhaan diperlukan menuruti langkahnya. Teruskan membaca →
Kategori: Yang Teristimewa
Mei 11, 2009 · 7 komen
HARI INI : 12 MEI 2009 – SELASA

Sejarah hidup ini menyaksikan pelbagai peribadi guru yang kita telah temui. Cuba kita amati dan ingat kembali. Siapa guru yang paling kita suka atau sayang ? Siapa pula guru yang paling kita benci ? (apakah sesuai perkataan “benci” untuk guru ?) Siapa pula guru yang paling kita takuti ? Tidak kita nafikan bahawa semua gejala-gejala emosi terhadap penampilan guru kita menunjukkan kehebatan mereka. Hebat …sehingga mereka di sayangi pelajar. Hebat …kerana menimbulkan kebencian kepada pelajar. Hebat …..menjadikan pelajar takut kepadanya. Teruskan membaca →
Kategori: Aku Dan Kenangan
HARI INI : 14 MEI 2009 – KHAMIS
Kenangan ini kusimpan terlalu lama di kotak memoriku. Kenangan ini sering membuat aku ketawa dan tidak pernah menyangka bahawa aku pernah mengalaminya suatu ketika dahulu. Hal ini menjadikan aku merindui Cikgu Hussein yang garang itu. Umurnya dalam lingkungan 50an, hampir pencen. Dia adalah guru yang paling ditakuti oleh murid tetapi dihormati oleh para guru dan ibu bapa. Dia hanya garang di waktu sekolah tetapi guru yang peramah, penyayang, suka bertanya khabar dan suka menasihati apabila kita bertemu dengannya di luar sekolah. Begini kisahnya. Teruskan membaca →
Kategori: Aku Dan Kenangan
HARI INI : 16 MEI 2009 – SABTU

TEMA HARI GURU 2009 : “GURU PEMBINA NEGARA BANGSA“
SURAT KHAS BUAT SAHABATKU : BAKAL GURU, GURU DAN SEMUA INSAN PENDIDIK:
Jauhku membuang pandang di sudut hari menunggu jawapan. Apakah nanti aku bisa ke mari menebar bakti buat anak-anak jati yang menunggu harap : sekuah ilmu sesuap kudrat buat meniti masa depan ke arah wawasan dijulang. Teruskan membaca →
Kategori: Aku Dan Kenangan
Mei 22, 2009 · 6 komen
HARI INI : 23 MEI 2009 – SABTU

Tanpa kuduga….aku menerima satu karya sajak bertajuk TERIMA KASIH IBU … melalui email dari anak keduaku Siti Nor ‘Izzah (Intan) yang berusia 10 tahun pada tarikh 10 Mei 2009 (Ahad) sempena menyambut Hari Ibu. Aku amat terharu dengan hasil karyanya. Teruskan membaca →
Kategori: Yang Teristimewa
Mei 24, 2009 · 9 komen
HARI INI : 25 MEI 2009 – ISNIN

Pada suatu petang yang hening, ketika “parking” kereta di satu selekoh bangunan berhampiran tempat pembuangan sampah di pasar Nyelong, Sarikei. Aku tiba-tiba melihat kelibat empat orang manusia yang berpakaian lusuh melalui cermin pandang sisi kanan kereta. Aku tertarik dengan gelagat mereka. Teruskan membaca →
Kategori: Dari Ruang Mindaku
HARI INI : 28 MEI 2009 – KHAMIS
Perjalanan 180 km dari Sarikei ke Sri Aman (26 Mei 2009- Selasa) yang mengambil masa hampir 3 jam memang menghadirkan kepenatan kepada saya. Pemergian saya ke Sri Aman – tempat kelahiran yang penuh nastolgia – dalam misi menjejak maklumat bagi memperolehi data – buat kali kedua, untuk melengkapkan instrumen kajian rintis saya iaitu sesi temubual dengan responden (guru j-QAF) di samping memunggut kembali borang soal selidik. Teruskan membaca →
Kategori: Aku lahir di sini: SRI AMAN
HARI INI : 3 JUN 2009 – RABU
Menyusur jalan ke menara gading bukanlah mudah. Kadang-kadang lucu menerjah ke ladang otak. Bila ada teman yang membuat ibarat songsang bagi menggambarkan susah senangnya menjadi mahasiswa dalam usia yang payah menggunakan tangan dan kaki untuk dihitungkan. Senang-senang buat cara statistik…he..he..he.. Teruskan membaca →
Kategori: Dari Rima-Rima U
HARI INI : 5 JUN 2009 – JUMAAT
Semalam 4 Jun 2009 (Khamis) lebih kurang jam 1150 malam ketika sedang sibuk menyiapkan data kajian rintis, lebih mudah baru nak belajar memasukkan data dengan tok guru tersayang…saya berehat sebentar dan mengambil peluang untuk meninjau blog Laman Menulis Gaya Sendiri. Ketika membuka masukan baru dari seorang teman pembaca bernama Cenya95… mata bagaikan terpukau dengan ayat-ayat yang ditulis iaitu:
Bertuah award yang hijau seperti “Go Green” bukan “Mr. Green” ada di sini untuk diunduh.
Dan sekalian dilink di S23
Salam superhangat. Teruskan membaca →
Kategori: Yang Teristimewa
HARI INI : 9 JUN 2009 – SELASA

Seminggu sebelum penayangan dokumentari untuk Slot “Suatu Ketika…. “ tentang seorang anak muda yang penuh dengan sifat patriotik serta berani mati untuk mempertahankan bangsa, agama dan tanah airnya diwar-warkan di Channel 105 Astro Citra , menjadikan aku bagaikan pungguk rindukan bulan menanti tarikh 7 Jun 2009-Ahad, jam 6.30 petang. Teruskan membaca →
Kategori: Suatu Ketika Dahulu
HARI INI : 13 JUN 2009 – SABTU
Cerita tentang Rosli Dhoby rupanya belum berakhir lagi. Saya bersetuju dengan komentar yang ditulis oleh saudara Aidilx bahawa penghargaan yang tinggi harus dianugerahkan kepada garapan usaha hasil kreativiti saudara Syirfan dan Wan Hasliza kerana berani dan penuh semangat dalam mengenengahkan dokumentari atau drama pendek tentang perjuangan anak muda hebat ini. Juga penghargaan yang sama diberikan kepada para pelakon yang memegang watak dalam menghidupkan cerita yang tidak pernah kita bayangkan bentuk dan kehidupan ketika tahun 1940an dan 1950an di Sibu, Sarawak. Teruskan membaca →
Kategori: Suatu Ketika Dahulu
Jun 17, 2009 · 9 komen
HARI INI : 18 JUN 2009 – KHAMIS
Membaca beberapa artikel berhubung dengan Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI)yang dihebohkan dalam akhbar beberapa hari ini mengundang daya tarik kepada saya untuk memberi pandangan berhubung isu tersebut. Teruskan membaca →
Kategori: Pendidikan Dan Kita
HARI INI : 21 JUN 2009 – AHAD

Setelah menyambut Hari Ibu pada 10 Mei…yang lalu. kini muncul pula HARI BAPA . Hari ini dikhususkan buat insan “LELAKI” bernama datuk, bapa dan suami yang berhati mulia .. tonggak keluarga, penyeri rumah tangga, pembina keindahan dan cahaya kemuliaan. Salam hormat penuh takzim aku mulakan dengan ucapan dan kemuliaan buat : Teruskan membaca →
Kategori: Yang Teristimewa
Tagged: Aku Dan Kenangan, Aku lahir di sini: SRI AMAN, Suatu Ketika Dahulu
HARI INI : 7 JULAI 2009 – SELASA
Alhamdulillah…. Sejak kiraan mendaki ke angka 9000, saya tidak sabar-sabar menanti saat angka 10000 itu akan muncul. Bila ?…saya tidak tahu. Menanti saat itu seperti pungguk rindukan bulan. Mengapa ya..entahlah. Sebagai blogger novis tentu saya merasa sangat teruja kerana tidak pernah menduga dalam tempoh tujuh bulan pertama bermula 6 Disember 2008 yang lalu di tapak blog WORDPRESS.COM, dengan masih mengekalkan nama hebat ini: LAMAN MENULIS GAYA SENDIRI., ia sering dikunjungi oleh teman-teman dari pelbagai warga. Teruskan membaca →
Kategori: Salam Dari Benua
Tagged: Dari Ruang Mindaku, Suatu Ketika Dahulu, Yang Teristimewa
Julai 30, 2009 · 15 komen
HARI INI : 31 JULAI 2009 – JUMAAT

Apa benar hati ini resah kerana tiada yang kasih ?
Lalu kasih itu pergi menjauh entah ke mana
Maka damai yang ku cari…….
hilang dari sisiku. Teruskan membaca →
Kategori: Koleksi Puisi
Tagged: Aku Dan Kenangan, Aku lahir di sini: SRI AMAN, Dari Rima-Rima U, Dari Ruang Mindaku
HARI INI : 4 OGOS 2009 – SELASA

Ini cerita lama…cerita dua tahun yang lalu. Hanya tinggal kenangan. Namun ia masih hidup dalam kalangan teman-temannya di teratakku. Cuma hijaunya semakin merudum dan sudah malu untuk menjadi “Ratu Malam” atau ” Queen of The Night” lagi. Sepi. Menyendiri. Mungkin merajuk denganku yang tidak lagi mempedulikannya kerana sibuk dan waktu yang terbatas untuk membelai semula seri hijaunya yang memikat itu. Teruskan membaca →
Kategori: Aku Dan Kenangan
Tagged: Dari Ruang Mindaku, Pendidikan Dan Kita, Pendidikan Kesihatan, Suatu Ketika Dahulu
HARI INI : 18 OGOS 2009 – SELASA

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN YANG PENUH BARAKAH BUAT SEMUA TEMAN PEMBACA BLOG MENULIS GAYA SENDIRI DAN UMAT ISLAM SELURUHNYA.
Alhamdulillah…. Ya Allah Ya Tuhanku. KAU hadirkan dia kembali dalam jalur-jalur hidup manusia bagi mencerahkan hati pudar. Mencahayakan hitam tingkah. Merembes segala karat yang bernanah. Alhamdulillah Ya Khaliq Ya Ghafuur. Teruskan membaca →
Kategori: Barakah Dari DIA
Tagged: Pendidikan Dan Kita, Pendidikan Kesihatan, Salam Dari Benua, Suatu Ketika Dahulu, Yang Teristimewa
HARI INI : 31 OGOS 2009 – ISNIN

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN KE 52 BUAT SELURUH WARGA MALAYSIA PADA 31 OGOS 2009
Apakah makna 1957 ?
Pernah ku tanya guru ku tika dunia itu
Mula ku kenal erti bebas merdeka
Indah bendera ditangan melambai laju
Berkibar dek angin berlalu. Teruskan membaca →
Kategori: Koleksi Puisi
Tagged: Aku Dan Kenangan, Aku lahir di sini: SRI AMAN, Suatu Ketika Dahulu, Yang Teristimewa
September 5, 2009 · 17 komen
HARI INI : 6 SEPTEMBER 2009 – AHAD
17 Ramadhan hadir lagi dalam tahun hijriyyah 1430 bersamaan dengan 7 September 2009 tahun Masihi. Hari ini 6 September 2009 (Ahad), jam pada skrin komputerku menandakan 4.30 pagi, aku sudah selesai bersahur dengan hanya makan dua keping roti penuh gandum dan berintikan tuna . segelas air teh panas yang dicampurkan dengan sedikit halia segar yang ditumbuk kasar bagi melancarkan perjalanan darah di samping menghilangkan lemak-lemak degil yang berwaris sekian lama di tubuhku. Alhamdulillah… dengan meminum air teh campuran halia tersebut, badanku terasa segar, hangat serta ringan. Teruskan membaca →
Kategori: Barakah Dari DIA
Tagged: Aku Dan Kenangan, Cara Fikir Fatima, Dari Ruang Mindaku, Koleksi Puisi, Pendidikan Dan Kita
September 10, 2009 · 16 komen
HARI INI : 11 SEPTEMBER 2009 – JUMAAT

Hari ini… HARI YANG SANGAT INDAH. Aku sujud.. bersyukur pada-Mu…KEKASIHKU. Alhamdulillah… Maha Suci Engkau .. Ya Allah…. Memudah dan menyenangkan segala urusan duniaku. Juga Segala urusan ilmu ku. Hanya pada-Mu Ya Khaliq…kecintaanku.. Hanya pada-Mu. Hanya untuk-Mu. Teruskan membaca →
Kategori: Koleksi Puisi
Tagged: Barakah Dari DIA, Dari Rima-Rima U, Dari Ruang Mindaku
September 21, 2009 · 19 komen
HARI INI : 22 SEPTEMBER 2009 – SELASA
Tibanya Syawal bererti berpulangnya Ramadhan. Bak kata pepatah : Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Setiap yang bermula, pasti ada akhirnya. Yang patah kan tumbuh. Yang hilang kan berganti. Teruskan membaca →
Kategori: Aku lahir di sini: SRI AMAN
Tagged: Aku Dan Kenangan, Cara Fikir Fatima, Dari Ruang Mindaku, Yang Teristimewa
September 27, 2009 · 32 komen
HARI INI : 28 SEPTEMBER 2009 – ISNIN

Benci adalah sifat MAZMUMAH (tercela) dalam diri manusia yang diheret oleh sifat marah, yang terhasil dari pujukan syaitan dan kuncu-kuncunya. Islam mengajar manusia untuk saling kasih mengasihani, saling sayang menyayangi dan bersifat maaf memaafi. Tidak dinafikan kebencian akan wujud andai ia disemai, disiram dan disubur dengan mesra tanpa memberi ruang kemaafan menghinggap walau sekejap cuma. Teruskan membaca →
Kategori: Cara Fikir Fatima
Tagged: Aku Dan Kenangan, Dari Rima-Rima U, Suatu Ketika Dahulu
Oktober 9, 2009 · 30 komen
HARI INI : 11 OKTOBER 2009 – AHAD

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Teruskan membaca →
Kategori: Dari Ruang Mindamu
Tagged: Aku Dan Kenangan, Koleksi Puisi, Suatu Ketika Dahulu
Oktober 13, 2009 · 23 komen

Sahabatku….bila aku bercakap, kawan salah anggap. Bila tidak bersuara aku merasa berdosa. Menegur kerana sayang, tetapi selalu disalah faham. Bila memberi pandangan, dikatakan aku menentang. Memberi pendapat penuh semangat dikatakan aku pengkhianat. Teruskan membaca →
Kategori: Koleksi Puisi
Tagged: Aku Dan Kenangan, Dari Ruang Mindaku, Yang Teristimewa
Oktober 21, 2009 · 14 komen

AKU CINTA PADAMU. CINTAKU HANYA UNTUKMU. Tiada siapapun yang mampu untuk menghalang aku dari mencintaimu. Tiada sesuatupun yang mampu mencuri hatiku semata-mata untuk mencintaimu. Terlukis indah dari pancaran hati yang dalam. Cintamu sentiasa suci untukku. Kasihmu selalu mekar mewangi. Sayangmu segar menyinari di segenap ruang taman kehidupanku. Dulu, kini dan selamanya. Teruskan membaca →
Kategori: Koleksi Puisi
Tagged: Dari Ruang Mindaku, Dari Ruang Mindamu
November 25, 2009 · 12 komen
Assalaamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakaatuh

Terima kasih terlebih dahulu saya ucapkan kepada dua sahabat saya ZICO ALVIANDRI dan ADELAYS kerana telah memaklumi saya akan sambutan HARI GURU di Indonesia hari ini. Walau saya hanya mengetahui lewat jam 2.00 petang waktu Malaysia, diharap saya tidak terlambat untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU yang saya DEDIKASI KHAS BUAT SEMUA SAHABAT GURU DI INDONESIA. Teruskan membaca →
Kategori: Cara Fikir Fatima
Tagged: Dari Rima-Rima U, Koleksi Puisi, Yang Teristimewa